Thursday 6 December 2012

Cara Menjaga Gearbox Kereta (Manual dan Auto)

Cara Menjaga Gearbox Kereta (Manual dan Auto)

Apabila kita gagal melakukan servis terhadap gearbox kereta, ia mendedahkan kereta kita kepada risiko pelancaran.

Kebanyakan kereta yang mengalami masalah tidak lancar ketika pemanduan, adalah disebabkan gearbox kereta mereka jarang diservis.
Setiap pembelian kereta yang berlaku di kebanyakan pengedar kereta nasional dan antarabangsa, pemilik kereta akan diberikan servis percuma untuk 1,000 kilometer pertama.
Tawaran ini diwujudkan bagi mendorong mereka melakukan pembelian kereta. Dalam masa sama, kita sebagai pembeli perlu mengambil peluang keemasan seperti ini.
Ia bertujuan bagi menjaga kereta kita pada peringkat awal. Untuk kereta-kereta baru, minyak enjin dan minyak gear box akan mengandungi lebihan habuk besi. Bahaya habuk besi ini adalah, ia akan menghakis gear box.
Justeru itu, manfaatkan servis percuma daripada wakil pengedar kereta di Malaysia. Kerana ia dapat menyelamatkan kereta kita pada peringkat awal.

Servis Gearbox Untuk Kereta Second Hand

Soalan penukaran gear box juga adalah soalan kegemaran bakal pemilik kenderaan terhadap tim Autoviq. Untuk menjawab soalan ini, apa yang perlu kita lakukan adalah:
“Selepas membeli kereta second hand, terus lakukan servis penukaran gear box. Selepas itu, catitkan rekod bacaan milage kereta.”
Berikut adalah cadangan terbaik untuk servis minyak gearbox kereta kita yang seterusnya:
  • 40,000 kilometer untuk kereta yang menggunakan transmisi manual.
  • Manakala bagi pemilik kenderaan transmisi auto, lakukan servis gearbox kereta apabila mileage mencecah 20,000 kilometer.
Gunakan juga gear treatment selepas menukar minyak gearbox.

Minyak Gearbox – Sila Berhati-hati

Pengguna kereta dinasihati untuk berhati-hati ketika memilih minyak gearbox sebelum pergi ke kedai servis kereta. Guna minyak gearbox yang dicadangkan oleh pengeluar.

Dalam masa sama, sentiasa jaga gearbox kita dengan baik menerusi pemanduan kereta yang berhemah. Kerana kos pembaikan gearbox mencecah 4 angka, dan ia bergantung pada model kereta kita.

No comments:

Post a Comment