Thursday 6 December 2012

Tip Jimat Minyak Kereta – 3 Rahsia Cara Pemanduan

Tip Jimat Minyak Kereta – 3 Rahsia Cara Pemanduan

Sebagai pemilik laman web yang membekalkan maklumat berkenaan industri automotif, tim kami pernah diajukan dengan soalan-soalan menarik daripada para pembaca dan orang sekeliling.
Tip Jimat Minyak Kereta - Autoviq
Satu daripadanya adalah tip jimat minyak kereta. Ramai pemilik kenderaan cenderung untuk mengetahui tip ini. Lebih-lebih lagi apabila pihak kerajaan baru sahaja mengumumkan kenaikan harga minyak.
Artikel kali ini akan membuka mata kita mengenai cara-cara untuk menjimatkan minyak kereta. Cara ini juga bukan cara ‘hitam’ yang menggunakan sebarang trik, bahan, atau mana-mana bahagian dalaman kereta.

Cara Memandu Memberi Kesan Pada Penggunaan Minyak Kereta

Kebanyakan pemandu kereta tidak mengambil endah tentang cara pemanduan kereta. Sedangkan ini adalah satu daripada faktor penting dalam tip penjimatan minyak kereta.
Tip Jimat Minyak Kereta - Cara Pemanduan
Buat pengetahuan para pembaca, terdapat beberapa cara pemanduan yang memberi kesan yang besar terhadap penggunaan minyak kereta kita.
Antaranya adalah:
  1. Kelajuan statik.
  2. Penggunaan gear.
  3. Kawalan stereng.
#1 – Kelajuan Statik – Kurang Pecutan Mengejut
Apabila kita memandu menggunakan kelajuan yang statik di jalan raya, ia sangat membantu untuk menjimatkan minyak. Ini kerana ia mengurangkan pecutan mengejut.
Dalam masa sama, penggunaan brek yang minimum juga mendorong kepada penjimatan minyak kereta.
Penambahbaikan dari segi teknologi untuk membendung isu ini adalah menerusi fungsi ‘auto cruise‘ dan gear ‘overdrive‘.
#2 – Penggunaan Gear – Rendah atau Tinggi?
Penggunaan gear memainkan peranan dalam isu penjimatan minyak kereta ketika memandu. Justeru itu, sentiasa peka dan pilih gear yang sesuai apabila memandu di jalan raya.
Biasanya kesilapan yang dilakukan di sini adalah pengguna kereta menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi. Ini menyebabkan pembaziran minyak.
#3 – Kawalan Stereng – Jangan Usik-usik
Kurangkan penggunaan stereng kereta ketika memandu di jalan yang lurus. Perbuatan mudah ini dapat meminimumkan geseran tayar dengan permukaan jalan.
Sekaligus mengurangkan tekanan enjin untuk menggerakkan kereta.

Tip Jimat Minyak Kereta – Amal dan Rasai Sendiri

Semoga perkongsian kami dalam artikel kali ini memberikan manfaat yang banyak kepada pemilik kenderaan. Peningkatan harga minyak petrol khususnya sentiasa menggugat rakyat.
Tip Jimat Minyak - 3 Rahsia Untuk Diamalkan
Justeru itu, kita punya pilihan. Memilih untuk membazirkan minyak atau mengamalkan tip-tip mudah seperti yang dikongsikan di atas. Kemudian rasai kuasa penjimatan itu sendiri.
Dalam artikel-artikel akan datang, tim Autoviq akan berkongsi lebih banyak tip menjimatkan minyak kereta dari pelbagai perspektif.

Cara Menjaga Gearbox Kereta (Manual dan Auto)

Cara Menjaga Gearbox Kereta (Manual dan Auto)

Apabila kita gagal melakukan servis terhadap gearbox kereta, ia mendedahkan kereta kita kepada risiko pelancaran.

Kebanyakan kereta yang mengalami masalah tidak lancar ketika pemanduan, adalah disebabkan gearbox kereta mereka jarang diservis.
Setiap pembelian kereta yang berlaku di kebanyakan pengedar kereta nasional dan antarabangsa, pemilik kereta akan diberikan servis percuma untuk 1,000 kilometer pertama.
Tawaran ini diwujudkan bagi mendorong mereka melakukan pembelian kereta. Dalam masa sama, kita sebagai pembeli perlu mengambil peluang keemasan seperti ini.
Ia bertujuan bagi menjaga kereta kita pada peringkat awal. Untuk kereta-kereta baru, minyak enjin dan minyak gear box akan mengandungi lebihan habuk besi. Bahaya habuk besi ini adalah, ia akan menghakis gear box.
Justeru itu, manfaatkan servis percuma daripada wakil pengedar kereta di Malaysia. Kerana ia dapat menyelamatkan kereta kita pada peringkat awal.

Servis Gearbox Untuk Kereta Second Hand

Soalan penukaran gear box juga adalah soalan kegemaran bakal pemilik kenderaan terhadap tim Autoviq. Untuk menjawab soalan ini, apa yang perlu kita lakukan adalah:
“Selepas membeli kereta second hand, terus lakukan servis penukaran gear box. Selepas itu, catitkan rekod bacaan milage kereta.”
Berikut adalah cadangan terbaik untuk servis minyak gearbox kereta kita yang seterusnya:
  • 40,000 kilometer untuk kereta yang menggunakan transmisi manual.
  • Manakala bagi pemilik kenderaan transmisi auto, lakukan servis gearbox kereta apabila mileage mencecah 20,000 kilometer.
Gunakan juga gear treatment selepas menukar minyak gearbox.

Minyak Gearbox – Sila Berhati-hati

Pengguna kereta dinasihati untuk berhati-hati ketika memilih minyak gearbox sebelum pergi ke kedai servis kereta. Guna minyak gearbox yang dicadangkan oleh pengeluar.

Dalam masa sama, sentiasa jaga gearbox kita dengan baik menerusi pemanduan kereta yang berhemah. Kerana kos pembaikan gearbox mencecah 4 angka, dan ia bergantung pada model kereta kita.