PETALING JAYA – Syarikat pengeluar kereta Nasional, Proton
memperkenalkan varian Saga terbaharunya iaitu Saga Super Value (SV) di pusat
pameran Proton Edar Platinum Mutiara Damansara di sini pagi tadi berharga RM33,888
Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, varian tersebut ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding varian lain seiring dengan langkah kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat.
“Kita menawarkan harga yang amat berpatutan tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti dan keselamatan kereta.
“Model mampu milik ini adalah salah satu komitmen Proton untuk menyediakan kereta yang bukan sahaja praktikal malah turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak pelanggan,” katanya.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Hisham Othman
dan Timbalannya, Datuk Lukman Ibrahim.
No comments:
Post a Comment